DIABETES


Pengesanan awal dapat membantu anda, untuk mengetahui kandungan glukose darah anda. Glukometer adalah pilihan terbaik.
---------------------------------------------------------------------------------


PENYAKIT KENCING MANIS
Penyakit kencing manis berpunca dari kelemahan tubuh dalam menghadam karbohidrat. Dalam proses metabolisma, karbohidrat diproses menjadi gula/glukos dan selanjutnya ditukarkan menjadi tenaga. Bagaimanapun, selalunya tidak semua glukos ini ditukar menjadi tenaga. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah. Dalam penyakit kencing manis, proses ini tidak berlaku dengan sempurna menyebabkan berlakunya pengumpulan gula dalam darah. Apabila kadar ini terlalu tinggi, ia menghasilkan keadaan yang dipanggil hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya peningkatan pada gula dalam darah dalam tempoh yang lama jika tidak dikawal akan menyebabkan gula tersebut dikeluarkan bersama air kencing.
Bagi pengidap kencing manis, tubuh mereka mempunyai salah satu dari dua kelemahan; samada pankreas mereka tidak berupaya menyediakan hormon insulin secukupnya, pesakit ini dikategorikan sebagai diabetes tahap 1 atau insulin yang dirembeskan oleh pankreas tidak berfungsi sebaiknya, pesakit jenis ini dikategorikan sebagai diabetes tahap 2. Di negara Malaysia terutama di Kelantan peasakit Diabetes tahap 2  lebih kerap ditemui kerana amalan pemakanan kita yang berasaskan karbohidrat dan kandungan gula yang tinggi dalam kuih muih dan minuman.
Faktor Penyebab
  • Keturunan
  • Kegemukan / obesiti biasanya terjadi pada usia 40 tahun
  • Tekanan darah tinggi
  • Angka Triglycerid (salah satu jenis molekul lemak) yang tinggi
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Gaya hidup moden suka pada makanan segera
  • Merokok dan Stress
  • Pengambilan karbohidrat yang tinggi 
  • Kerosakan pada sel pankreas 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Tanda -tanda penyakit:
    • Mudah letih
    • Kerap buang air kecil
    • Turun berat badan
    • Luka lambat sembuh
    • Sentiasa lapar
    • Masalah sexual
    • Pengelihatan menjadi kabur
    • Ruam pada kemaluan
    • Sengal-sengal pada kaki
    • Sentiasa dahaga.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Panduan Pemakanan Untuk Penyakit Kencing Manis.

    Kurangkan.
    Sos
    Sos Tauhu, Sos Lemon, Sos Masam Manis.

    Buah.
    Buah kurma,prun,kismis, buah kering, mangga, pisang dan pisang kaki.

    Sayur
    Ubi kayu, kentang dan lobak merah.


    Minuman.
    Minuman ringan, Teh tarik, Minuman tenaga.

    Makanan manis,
    Glukosa,gula ketulan.
    Madu,Kaya Gula, Susu Pekat, Ais Krim, Coklat, Pencuci mulut, Gula-gula, jeli, sirap dan buah kotel.

    Lain-lain
    Minyak, lemak dan majerin.

    Utamakan 
    Sayur
    Sayur berdaun hijau, Bijirin , labu dan peria.

    Kacang/bijirin
    Kacang, lentil , Beras perang, Roti bijirin, Oat dan pasta.


    Daging,
    Daging bersandar dan ikan, ikan sadin dan salmon.


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    PEMERIKASAAN GLUKOS DARAH


    Kandungan Glukos Darah Normal Sebelum Makan.

    83 mg/dl (4.6 mmol/L) or less.

    Ada diantaranya 70 mg/dl (3.9 mmol/L) range.

    Kandungan Glukos Darah Selepas Makan

    Bergantung kepada jenis pemakanan seseorang itu:

    dibawah  120 mg/dl (6.6 mmol/L) satu ke dua jam selepas makan.

    ramai dikalangan kita beradaa dalam linkungan 
    100 mg/dl (5.5 mmol/L)dua jam selepas makan.



      Pengawalan paras glukosa darah

      Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan. Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.


      Makanan Yang Baik Untuk Diabetes.

      Serat.
      Contoh:
      Oat, kekacang, sayur-sayuran, buah kering, bijian sempurna, beri dan buah-buahan segar.

      Fungsi:
      Membantu mengawal berat badan, memproses pencernaan sihat, serta melarutkan kandungan kolesterol dan mengurangkan gula dalam darah.


      Antioksida
      Contoh:
      Buah-buahan dan sayur-sayuran, germa gandum, minyak sayur, ikan dan makanan laut.

      Fungsi:
      Melawan radikal bebas yang merosakkan sel, yang dihasilkan apabila tahap gula dalam darah tinggi dan menyumbang kepada komplekasi diabetes.

      Sterol Tumbuhan
      Contoh:
      Kekacang dan biji, minyak jagung, minyak kacang soya, magerin lembut.


      Fungsi:
      Mengurangkan tahap kolesterol

      Protein Rendah Lemak.
      Contoh:
      Kekacang,ikan, daging ayam, itik, dading tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, tauhu rendah lemak.

      Fungsi:
      Membina dan mengekalkan tisu badan.


      Asid Lemak Omega 3
      Contoh:
      Salmon, sardin, makerel, hering dan minyak linsid.

      Fungsi:
      Mengurangkan insiden penyakit jantung dengan mengurangkan darah beku, mengurangkan kesakitan dan inflamasi sendi.


      Asid folid
      Contoh:
      Sayuran berdaun hijau, buah-buahan, kekacang, germa gandum dan bijian sempurna.

      Fungsi:
      Mengurangkan risiko sakit jantung dengan mengurangkan homositeina dalam darah, membantu membentuk sel darah, penting semasa mengandung dan mengelakkan kecatatan lahir.

      Alisina.
      Contoh:
      Bawang dan bawang putih, kucai dan bawang kecil.

      Fungsi:
      Bahan yang mengamdungi suklfur yang boleh mengurangkan tahap kolesterol, mengurangkan insiden darah beku dan mengawal tekanan darah.

      kalsium.
      Contoh:
      Produk tenusu, kekacang dan ikan dalam tin.

      Fungsi:
      Pengting untuk menghantar impuls saraf, mengawal degupan jantung dan mempertingkatkan fungsi otot dan kekuatan tulang.

      Kromium
      Contoh:
      Bijiran bran, bijian sempurena, kacang hijau, brokoli, rempah, daging proses.

      Fungsi:
      Mempertingkatkan kesan insulin dalam mengubah gula, protein dan lemak menjadi tenaga, bertindak dengan insulin untuk menghantar gula dari darah ke sel.


      Magnesium
      Contoh:
      Bayam dan bit hijau, kacang, bijian sempurna, kekacang, produk tenusu, ikan dan daging ayam.

      Fungsi:
      Membantu mengurangkan tekanan darah, membantu mengelakkan degupan jantung yang tidak sekata, lebih banyak diperlukan jika tahap gula dalam darah dan semasa mengambil diuretik.


      Vanadium
      Contoh:
      Bijian sempurena, biji bunga matahari, tiram, geletin, minyak sayur, jagung manis, parsli, kacang hijau dan soya.

      fungsi:
      Mineral surih yang mempromosi pengeluaran insulin dan meningkat dan meningkatkan kepekaan badan pada insulin.


      Zink.
      Contoh:
      Kerang-kerangan, daging merah, kekacang, kacang, telur,tauhu dan makanan soya serta germa gandum.

      Fungsi:
      Diperlukan untuk mengurai, lemak dan kabohidrat, membantu membuat protein dan insulin, penting untuk pertumbuhan dan pembangunan.


      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
      PANDUAN KALORI MAKANAN


      Rawatan .

      Ubat-ubatan yang diperlukan.

      • Metformin SR.
      • Gliclazide
      • Insulin Glargine
      • Pravastatin
      Sila dapatkan nasihat Doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat-ubatan tersebut.